Pages

Friday, August 19, 2011

Trend Jenayah Kini...

     Jika sesiapa yang mengikuti isu semasa kini mesti tahu apa jenayah yang kian berleluasa di negara kita ini.. Isu ini boleh dikatakan sangat serius dan motif jenayah dilakukan pun masih kabur untuk dipastikan.. Jenayah yang dimaksudkan ialah SIMBAH ASID... Tak tahu lah apa sebenarnya yang terbuku di hati penjenayah tersebut sehingga tergamak menyimbah cecair berbahaya itu kepada mangsa yang rata-ratanya orang asing bagi mereka..
    Kebanyakan kes yang berlaku adalah di sekitar ibu kota dan kes terbaru di Sabah.  Adakah ianya satu rancangan berkumpulan atau secara kebetulan penyakit SIMBAHAN ASID ini menular di kalangan rakyat Malaysia. Dengan adanya fenomena negatif seperti ini, negara kita yang terkenal dengan keamanan dan kemakmuran akan dipandang sangat menakutkan kerana para pelancong yang datang akan berjalan dalam keadaan ketakutan.  Ya, mungkin kita juga akan merasa ketakutan di negara kita sendiri.
     Jadi sama-samalah kita berdoa semoga perbuatan negatif ini segera dibendung oleh pihak-pihak yang berwajib agar kita semua selamat di negara yang aman makmur ini.....

Berikut adalah berita tentang mangsa simbahan asid:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

disimbah ketika berada di dalam kereta:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

mangsa simbahan asid pekerja ladang:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

LANGKAH DIAMBIL OLEH PIHAK POLIS:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

P/S : Di harap pelaku jenayah ini akan dihukum dengan hukuman yang setimpal..


No comments: