Pages

Saturday, September 10, 2011

Dia telah pergi~~

Baru-baru ini Buletin Utama ada memaparkan kisah seorang remaja penghidap barah tulang yang teringin untuk berbual dengan Perdana Menteri yang menjadi idola beliau sejak sekian lamanya..
Remaja tersebut ialah adik Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14 tahun..Beliau menghidap Barah tulang yang kronik sejak Ogos 2009 dan disahkan tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
Hati ini agak tersentuh la apabila melihat wajah keceriaan dalam kesakitan adik Nurul Atikah apabila dapat berbual bersama PM kita walaupun hanya dalam telefon.


Antara ayat beliau setelah menerima panggilan telefon PM ialah:
“Saya sangat gembira. Dapat berbual-bual dengan Perdana Menteri pun tidak apa. Perdana Menteri minta saya makan banyak-banyak, semoga cepat sembuh serta boleh berjalan dan pergi ke sekolah,”

berita tentang perbualan Nurul dengan Perdana Menteri di akhbar Utusan Malaysia

Setelah hampir sebulan dapat berbual dengan PM, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 September 2011. Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping.

Berita Kematian Adik Nurul di Akhbar Utusan Malaysia hari ini

Semoga Roh Adik Nurul Atikah Bazilah Samsudin ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Al-fatihah..


kelihatan lemah ketika berbual dengan PM


tetap ceria dan mampu tersenyum walaupun sakit



keratan akhbar tentang adik Nurul


2 comments:

Hiddy Asri said...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

shuraiya said...

amin...