Pages

Friday, September 23, 2011

PELAYAN KFC vs PENJAGA KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Ada perbezaankah mereka??
memang ada..sangat banyak..walaupun tujuan mereka sama iaitu : MELAYAN PELANGGAN
Antara perbezannnya :

KATA SAPAAN
Pelayan KFC : "Selamat Datang, boleh saya bantu?"dengan senyuman yang manis.
Penjaga Kaunter : TIADA sapaan dengan muka masam mencuka. Kadang-kadang kita yang bagi salam,tapi haram tak nak jawab.

CARA LAYANAN
Pelayan KFC : Sentiasa membantu selagi boleh untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelanggan.
Penjaga Kaunter Khidmat Pelanggan : Dengan muka yang masamnya menjawab pertanyaan dengan keras seperti bertanyakan hal rumahtangga beliau.(Kadang-kadang tak layan pun)

APABILA ADA KESILAPAN
Pelayan KFC : "Maaf cik, kami janji tidak ada lagi kesilapan di masa hadapan".
Penjaga Kaunter Khidmat Pelanggan : "Biasalah, manusia kan selalu buat salah".

SETELAH SELESAI URUSAN
Pelayan KFC : "Terima Kasih, datang lagi".sentiasa dengan senyuman.
Penjaga Kaunter Khidmat Pelanggan : "Ada apa-apa lagi?kalau tak ada tu jela". dengan muka selamba.

Itu sahajalah setakat ini perbezaan tentang mereka. Ini bukan rekaan semata-mata tapi kejadian yang benar-benar dilalui oleh aku dan orang-orang sekitarku. Bukan nak mengutuk tapi setiap kali ke kaunter pertanyaan atau khidmat pelanggan akan disambut dengan begitu teruk. Jika begitu apa gunanya kewujudan Kaunter-kaunter sebegitu?apa guna bedge senyum yang mereka pasang kan itu?nothing. Tidak tahan dengan kerenah pelanggan yang berbagai perangai?perlu diingat customer is always right. Mahu atau tidak perlu dilayan sebaiknya. Itu amanah.

Pelayan KFC membawa nama premisnya, Penjaga Kaunter Khidmat Pelanggan membawa nama Jabatannya...Sekian Terima Kasih..Peace!!

P/S : tu sebab aku suka pergi KFC daripada kaunter-kaunter sebegitu...heee

No comments: