Pages

Wednesday, September 21, 2011

Rumah Api Tanjung Tuan

Hari ini nak kongsikan cerita tentang Rumah Api Tanjung Tuan...hehe
Sebabnya aku pernah pergi dan pengalaman menuju ke sana satu pengalaman yang menarik...:)
Silalah pergi...
Tapi kena pergi beramai-ramai la...baru seronok....
 
 
Inilah rupa Rumah Api Tanjung Tuan.. 
     Rumah api Tanjung Tuan yang terletaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia dilancarkan pada tahun 1958 dan merupakan antara yang tertua di Malaysia.
     Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.
     Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
     Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.

 Spesifikasi Rumah Api Tanjung Tuan

  • Kedudukan: garis lintang 2.24º utara dan 101.51º timur.
  • Tinggi dari aras laut: 500 meter.
  • Tinggi bangunan: Tinggi bangunan 24 meter.
  • Bilangan tangga: 66 menuju ke rumah api.
  • Sudut penglihatan: 23 batu nautika.
  • Ciri-ciri lampu: PJ(8) 15 saat.
  • Jarak dari pintu masuk ke rumah api Cape Ricahardo: 870 meter. Pintu masuk terletak berdekatan dengan Ilham Resort.
sumber rujukan : encik wiki

No comments: