Pages

Sunday, November 6, 2011

Triffle koktail!

Tiba-tiba teringin pulak nak buat benda ney..hehe
tengok resepi dalam majalah mak aku cam sedap je kan..
so aku try lah jugak...
walaupun rupa dia tak seberapa tapi ok la gse die..huhu..
meh nak tunjuk..
tengok,tengok....

peringkat pertama...



lepas dah siap...:)


resepinya:-

bahan-bahan (6-8 org)

1 gulung kek swiss roll / kek span
1 tin buah koktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sk esen vanilla
3 sb tepung kastard
2-3 sb gula
1 kotak serbuk jelly berperisa strawberry
**boleh tambahkan buah-buahan segar juga (aku tambah anggur)

cara-cara
  1. Potong kek kecil-kecil & susun dalam bekas
  2. Tapis air buah koktail. Jirus air buah sedikit di atas kek. (jgn banyak sangat nanti terlalu basah dan lembik). Tabur 1/2 buah ke atas kek.
  3. Untuk kastard (lapisan kedua) - campur tepung kastard , gula, susu, esen. Kacau atas api yang kecil hingga masak dan berkilat.
  4. Curahkan adunan kastard ke atas kek dan tabur 1/2 lagi buah ke atasnya. Biarkan sejuk dan keras sedikit.
  5. Untuk Jelly (lapisan ketiga)- tuang 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. tuang jeli ke atas kastard yang sudah agak sejuk dan keras.
  6. sejukkan dalam peti sejuk...
  7. MAKAN..hehe

5 comments:

Anonymous said...

mana kek nya?haha

Cik Ceria said...

sangat2 suka makan trifle..nyam3..

ain dzaya said...

ta sia sia..pes time datang sini..dapat recipe trifle..

feberet nieyh!
thanks taw!

shuraiya said...

hehe...thanx all...:)

shah said...

nampak senang