Pages

Monday, March 26, 2012

Petua mendapatkan suara bak buluh perindu...ceeewaahhh!

tajuk gempak je ye..hehe
tapi ini serius...
dapat petua ni dari majalah dara.com..heheh
da beli tak bulan ni punye??bek beli...
bes taw...tebal lak tuh...harga pun nek sikit lahh..hee
okeh...berbalik kepada tajuk...
sebagai seorang wanita yang cantek..ehem...
mestilah mahukan suara yang merdu juga kan...
jadi...marilah kita hayati petua yang diberi...

  • Jangan merokok
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian adalah berhenti merokok! Ia bukan hanya memudaratkan kesihatan anda, malah orang lain juga akan terkena tempiasnya. Mereka yang suka merokok meningkatkan risiko menghidap kanser organ pernafasan. Ini kerana asap yang dihidu berupaya menyebabkan hakisan pada pita suara.

  • Cuaca Panas
Wajah yang cantik sentiasa dipelihara terutama pada waktu panas terik supaya tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari.  Begitu juga tekak anda. Apabila terlalu lama berada di bawah cuaca panas, ia akan mengering sekali gus menurunkan kualiti suara.  Terlalu lama di dalam kawasan yang sejuk juga mengakibatkan kesan yang sama terutama berpunca daripada pemasangan pendingin hawa.
  • Makanan Berkhasiat
Bukan sahaja badan, malah suara anda juga perlu sentiasa basah.  Peruntukan makanan yang berair setiap hari terutamanya buah-buahan seperti betik, tembikai, anggur dan banyak lagi.  Makakn yang mempunyai kadar air yang tinggi mampu mengurangkan risiko tekak kering dan bengkak.
  • Minum Air Kosong
Banak kajian membuktikan meminum air kosong pada jumlah lapan gelas setiap hari membantu badan anda bertenaga kerana mempunyai peratusan air yang mencukupai dalam badan. Begitu juga tekak anda yang memerlukan kelembapan untuk kekal aktif mengeluarkan suara.
  • Kawalan Suara
Jangan sesekali menjerit terlampau kuat kerana dikhuatiri peti suara anda pecah serta mengakibatkan serak ataupun kehilangan suara.  Jika berada di kawasan yang luas, cuba pertimbangkan jeritan anda.  apabila batuk, jangan terlalu bersungguh-sungguh terutama ketika rasa gatal di tekak.  Untuk meredakan keadaan, minu air kosong secukupnya.
  • Rehat Secukupnya
Banyak sangat bergerak boleh meletihkan otot-otot badan anda.  Sama juga keadaaanya dengan otot suara.  Jangan terlalu banyak bercakap dalam sehari kerana untuk mengembalikan semula keenakan suara, anda perlu mendapatkan rehat secukupnya.  walaupun tanggungjawab anda lebih kepada penggunaan suara yang maksimum, tetapi jangan menyeksa dieri tanpa berehat apabila diperlukan.

notakaki : jika amalkan perkara2 diatas nescaya suara anda lebih merdu dari dato siti..haha...sekian..

No comments: