Pages

Saturday, April 14, 2012

kek kukus yogurt

sempat lagi buat tengahari tadi..heehe..
sedap jugak rasanya....
meh nak kongsi resipi...

Bahan-bahannya :

1 Cawan Yogurt
2 Cawan Gula halus
2 Cawan Tepung
1 Sudu Kecil Ovallete
1 Sudu Kecil Coklat Serbuk
1/2 Sudu Kecil Baking Powder
1 Cawan Margerin
Coklat Kompaun-dipotong kecil (Ikut keperluan)

Cara Membuat:
  1. Campurkan gula halus, telur, baking powder, ovallete & margerin.  Gaul hingga sebati
  2. Masukkan yogurt. Gaulkan hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  5. Campurkan satu bahagian dengan serbuk coklat dan coklat kompaun yang telah dipotong kecil.  Satu lagi bahagian adunan dikekalkan bahannya.
  6. Masukkan adunan yang bewarna putih ke dalam loyang kemudian baru masukkan adunan yang telah dicampurkan dengan coklat tadi. Jangan dikacau..
  7. Kukus kan adunan yang telah siap dalam 40-60 minit.
  8. SIAP!

Selamat Mencuba ye kawan-kawan...:)

notadikaki : esok nak buat kek gula hangus pulak lah....InsyaAllah...:)

1 comment:

Zamani said...

Zam singah bw kat sini dr segmen Arra.. baru berkesempatan.. huu