Pages

Monday, October 14, 2013

kenapa KITA berpecah...



Assalamua'laikum warohmatullah kepada sekalian pembaca. Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan ceceria selalu yer..

Hari ni 9 Zulhijjah merupakan hari Arafah yang mana hari disunatkan berpuasa... Siapa yang berpuasa tu untung besar lah sebabnya menurut Hadis riwayat Muslim dinyatakan bahawasanya:

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah, kemudian baginda menjawab "Puasa pada hari itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang".. 

Walaweh, untungkan? Dalam dunia hari ni yang penuh dengan fitnah ujian, bukan senang kita nak terlepas dari tidak melakukan walau secebis dosa. Umpama menggenggam bara api ataupun umpama orang yang berpakaian serba putih yang melalui kawasan berlumpur, walau macam mana pun dia cuba jaga, akan terpalit juga lumpur pada pakaiannya. Tapi Allah swt Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya, lalu diberi ganjaran pada siapa yang mahu, syaratnya kena la ikhlas beramalkan.. Haaa.. Nampak tak betapa Allah swt sayang kat kita, dengan amalan sehari je ganjarannya untuk dua tahun dosa diampunkan... MashaAllah.. Bab Allah swt sayang kat kita tu nanti akan aku citer lebih panjang pada entri yang akan datang, insyaAllah sebabnya untuk entri hari ni aku nak celoteh berkenaan tajuk yang aku dah taip kat atas tu, nampak tak? Kalau tak nampak aku ulang taip semula, "kenapa KITA berpecah?"


''KITA" yang aku maksudkan dalam tajuk ni ialah umat Islam. Sebelum sambung celoteh, aku nak beritahu bahawasanya apa yang aku coretkan ni hanyalah berdasarkan pandangan peribadi aku semata dan maaflah ye kalau topik ni agak berat... ooouhh, berat la sangat kononnye...dan tolong perbetulkan kalau ada fakta yang salah. bab2 agama ni bukan leh sebarang cakap.

Memandangkan sekarang ni tengah musim haji, kita boleh selalu lihat kat televisyen gambaran suasana umat Islam kat Mekah betapa ramainya umat Islam. Tapi ramainya kita digambarkan melalui hadis nabi, umpama buih-buih dilautan dan umpama makanan didalam talam yang berebut-rebut orang untuk memakannya. Ramainya kita takde nilai sebab apa? Sebab penyakit Wahan. 
Haaa??? penyakit wahan? Apakah? Kalau korang pegi klinik, dapat plak doktor muslim cube tanye doktor tu apa spesis penyakit tu? Sejenis kanser kah? sejenis penyakit berkaitan darah kah? atau apakah kah kah...

Penyakit Wahan ni ialah penyakit Cinta Dunia dan Takut Mati...

OK, kalau cinta dunia tu korang faham lah kan, tapi takut mati tu macam pelik je... Tu pun penyakit ke, bukan semua orang takut mati ke??? Ada ke orang yang tak takut mati? Acaner tu??? Haaaa... Jawab-jawab...

OK-OK, yang bukan bernama arif tolong jawabkan setakat apa yang dia tahu, nak lebih pencerahan sila lah bertanya kepada yang arif... Macam ni citernya milah oii... Kita ni sebagai umat Islam, salah satu rukun yang perlu kita imani ialah percaya kepada Hari Akhirat. Ini bermakna kita tahu bahawasanya mati bukan lah pengakhiran riwayat pengembaraan "roh" kita kerana selepas mati kita akan tempuh alam lain pula, akan lalui kehidupan lain pula. Jadinya bagi orang beriman dan bertaqwa, kematian itu adalah umpama pintu untuk bertemu dengan Tuhan yang dirindui di alam akhirat. Bila dah tahap rindu nak jumpa Allah swt, tu bermakna dia dah buat persediaan dan persiapannya untuk bertemu dengan Allah swt agar Allah swt redho dan sudi bertemu dengan dia. Bagi dia dunia umpama penjara yang memisahkan dia dengan Allah swt. Makanya berbeza dan berlainan lah keadaannya dengan mereka yang takut mati. Kalau dah nama pun takut mati, tu maknanya dia tak bersedia lah nak bertemu dengan Allah swt. Takut banyaknya dosa yang dia buat, banyaknya suruhan Allah swt yang dia tak buat, takut beb, apa nak jawab kat akhirat nanti.. Dalam maksud yang lebih mudah, dia lalai dan leka dengan kehidupan dunia tanpa memikirkan soal kematian sehingga apabila kematian muncul secara tiba-tiba, dia takut. alah, macam kome la time UPSR, PMR, SPM... Takut je menunggu harinya sebab tak ready... Cuba kalau dah ready, fuuyoo.. kalau boleh hari ni jugak nak jawab exam.. punya lah excited kan... So itulah citernya secara ringkas apa itu penyakit wahan.

Tapi bukanlah penyakit wahan tu yang aku nak cakapkan sangat sebabnya itu mesti korang dah tahu kan? tapi aku cakapkan jugak sebab itu dah disebut terang-terang dalam hadis sebagai punca kelemahan... Kalau tak tahu tu, sila-sila lah amek tahu ye... Tapi apa yang aku nak kongsikan ialah antara punca lain yang wujud yang aku sedari dan disokong oleh hadis nabi.

Seperti yang kita semua tahu, saudara seagama kita di Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, Myanmar, Chechnya dan banyak lagi tempat didunia ni di ratah-ratah oleh musuh-musuh Islam, walaupun kita ada pertubuhan Islam OIC tapi semua tu tak bermakna, Oh I see. Sebabnya kita umat Islam tak bersatu hati, berpecah belah. Bila umat Islam sendiri tak bersatu hati dan berpecah belah, maka tidak hairan lah musuh-musuh Islam mudah-mudah je menghina agama kita dengan pelbagai cara tanpa ada perasaan gerun sedikit pun. Dari sebuah negara, organisasi, sekelompok manusia hingga hanya seorang individu je pun berani menghina agama kita. Sungguh memalukan dan menjatuhkan maruah kita umat Islam. Semuanya akibat perpecahan umat Islam. Tak payah pergi luar, dalam negara ni je pun dah terserlah perpecahan umat Islam melalui parti-parti politik. Bagi mereka kekuasaan politik lebih penting dari kesatuan dan perpaduan ummah. Sadis... Oh ummat.. Persoalannya, kenapa dan bagaimana perpecahan ni boleh berlaku?? Sebenarnya banyak faktornya tapi kita lihat pada perkara yang paling asas dan selalu kita lalui iaitu

Tidak melurus serta merapatkan saf solat jemaah.
Sering kali aku lihat ketika solat berjemaah di masjid, saf jemaah bengkang bengkok maksudnya tak betul-betul lurus. Padahal kat lantai kebanyakan masjid dah terpasang karpet yang ada tanda saf. Imam pulak bagaikan acuh tak acuh je dalam memastikan saf jemaahnya rapat dan lurus. Sekadar melafazkan je, "luruskan saf, sesungguhnya saf yang lurus termasuk dalam kesempurnaan solat berjemaah", pastu terus "Allahuakhbar". Haiya tok imam, ini macam ka lu jadi tok imam? Padahal kalau kita singkap sejarah, nabi ketika menjadi imam solat berjemaah sangat menitik beratkan soal lurus dan rapatnya saf solat jemaah ni. Menurut hadis riwayat Muslim, 

Bahawasanya Rasulullah s.a.w. meluruskan barisan kami sehingga seakan-akan baginda meluruskan anak panah, sampai baginda merasakan kami sudah sadar(tahu untuk meluruskan saf). Pada suatu hari baginda keluar (untuk solat berjemaah) dan terus berdiri, ketika hendak mengangkat takbir baginda melihat ada seseorang yang dadanya terkedepan, tidak lurus dalam barisan itu, kemudian baginda bersabda, "wahai hamba Allah, kamu sekalian harus meluruskan barisan kamu atau biarkanlah Allah menyelisihkan hati antara kamu sekalian"

Dalam satu riwayat dikatakan Saidina Umar menggunakan pedangnya untuk memastikan tumit jemaah selari dan lurus. Sepatutnya yang jadi imam kena pastikan saf pertama tu lurus dan rapat dulu, dah lurus dan rapat baru lah mulakan solat. Ini tak, bagai melepaskan batok ditangga je. Yang makmum plak, belajar ke tak belajar, reti ke tak reti nak rapat-rapatkan saf dan lurus? Ke nak kena praktikkan kawad macam polis dan tentera tu baru boleh lurus... Kang jadi bid'ah plak. 

Maka sepatutnya setiap individu yang berada dalam saf solat jemaah perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan saf solat yang didirikan itu berada dalam keadaan yang kemas dan tersusun. Yang Imam sebagai ketua perlu pastikan saf makmumnya lurus dan kemas sebelum solat dimulakan, yang sesama makmum pula perlu melihat kekiri dan kekanan mereka untuk memastikan dia dan barisan safnya berada dalam keadaan yang lurus. Bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali. Barulah timbul perasaan kebersamaan dalam setiap hati makmum. Ketika sesama makmum itu saling membetulkan saf, ketika itu juga secara tak langsung berlakunya proses berkenalan dan bermesra.  Kalau tentera yang berbaris untuk perbarisan sempena kehadiran raja atau pembesar boleh berbaris dengan lurus dan teratur, maka sepatutnya saf solat jemaah patutnya perlu jauh lebih kemas dan tersusun sebab yang kita mahu menghadap ni bukan lah sebarangan raja tetapi raja segala raja sekalian alam, Yang Maha Melihat.

Perhatikan lah sabdaan nabi s.a.w. 

"Kamu harus meluruskan barisanmu (saf solat jemaah)atau biarkan Allah s.w.t menyelisihkan antara kamu sekalian"
(Riwayat Muslim)

Jadinya apa yang dapat kita lihat ialah, solat merupakan tunjang agama. Perkara penting dan asas dalam agama. Diakhirat nanti perkara pertama yang akan di soal ialah solat. Manakala solat berjemaah pula menjadi asas lambang kekuatan Islam bagi sesebuah masyarakat disesuatu tempat itu. Maka, kalau perkara asas ini pun dah tak kemas, tak betul, apatah lagi perkara-perkara lain. Sama juga seperti sebuah bangunan, jika tiang bangunan itu sendiri tak kukuh, buat lah cantik mana pun bangunan tu, mahal mana pun bahannya, akhirnya akan runtuh juga. Tak perlu lah pemimpin-pemimpin parti politik sana sini sibuk cakap soal kesatuan ummah kalau solat jemaah di setiap kawasan tidak didirikan serta diimarahkan terlebih dulu.Tak perlu lah pemimpin-pemimpin parti politik sana sini sibuk cakap soal  bersatu padu kalau saf solat jemaah tidak diperbetulkan dulu.

Mereka yang selalu solat berjemaah di masjid ni boleh la kita kirakan sebagai golongan yang terbaik, kalau kat sekolah tu boleh la diletakkan kat kelas A. Kalau golongan kelas A sendiri pun dah tak betul, jangan haraplah golongan kelas B, C dan seterusnya boleh jadi baik. Kalau golongan baik-baik pun dah berpecah belah, apatah lagi golongan yang kurang baik. 

Namun begitu, dalam kesibukan kita bercakap soal luruskan saf solat jemaah, timbul pula persoalan penting iaitu berapa ramai yang solat jemaah di masjid? Paling banyak pun saf yang aku pernah jumpa untuk solat maghrib pada hari-hari biasa sahaja, sekitar tiga empat saf je. Itu pun surau, bukan masjid. Padahal surau tu terletak dikawasan perumahan majoriti penduduk Melayu. 

Kalau yang pergi solat berjemaah tetapi saf bengkang bengkok, tak rapat tu pun Allah s.a.w akan bengkang bengkok kan hati sesama mereka, bagaimana pula dengan hati-hati mereka yang culas nak ke masjid untuk solat jemaah? 
Jadi seharusnya kita perlu perbetulkan dahulu perkara yang asas iaitu solat dan solat berjemaah, kemudian insyaAllah Allah swt akan bantu menyatukan hati-hati kita hingga kita menjadi satu umat yang bersatu hati dan gagah di mata musuh Islam. Wallahua'lam

Wassalam...

diceritakan oleh bukan shuraiya


No comments: