Pages

Wednesday, October 30, 2013

Makan | Pasta Goreng

Pasta goreng ni aku buat khas untuk diri aku sendiri.
Untuk dibawa bekal ke tempat kerja.
Almaklumlah. Gula kan naik harga.. Kenalah jimat. haha

Meh aku nak kongsi resepinye.
Kalau rajin cuba lah,
Senang je.

Bahan-bahan

3 Cawan Pasta (rebus dahulu bersama dengan sesudu minyak masak)
1 Ketul Ayam (dipotong kecil-kecil)
1 Ulas bawang besar
2 Ulas bawang putih
5 biji cili api (kalau nak ganti cili kering pun boleh)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air.(bila diperlukan)

Cara-cara

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili api. (agak-agak dah nak hangus jangan segan silu masukkan air sikit..jangan banyak sangat)
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat kedalam bahan yang telah ditumis. Tunggu sehingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam. Dan tunggu sehingga ayam masak.
  5. Masukkan telur, masukkan garam dan gaulkan rata.
  6. Kesemua bahan dah garing , masukkan pasta dan kacau sehingga sebati...
  7. Setelah siap bolehlah dihidang dan dimakan.  Selamat mencuba. !

p/s : aku masak ni memang tak guna Ajinomoto pun. Sebab dah memang sedap.heh.


Nak gambar? Meh aku belanja tengok..hehe..tengok jer.

Inilah dia pasta gorengku..hee

Menurut kata housemate aku.. rasa dia.... SEDAP okeh..haha..

Sekian,

No comments: