Pages

Tuesday, October 22, 2013

Masalah | Unblock Me


 
 
 
Apabila menghadapi sesuatu masalah, kita akan mengalami satu tekanan yang sangat hebat. Dikurung. Dikepung dengan pelbagai-bagai halangan untuk kita cuba melepaskan diri dari masalah tersebut. Kekadang kita akan rasa ingin putus asa dan ingin terus lari dari masalah tersebut.
 
 


Jika kita percaya, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bangkit dan teruskan perjalanan. InsyaAllah, pintu penyelesaian masalah akan terbuka untuk anda.



 Jika kita kalah, tak bererti kita akan terus kalah. sentiasa berfikir dan berusaha untuk  menyelesaikan masalah tersebut.  Jangan lupa untuk berdoa semoga diringankan segala bebanan.



 Apabila kita kuat. Masalah yang awalnya datang membebankan kita. Memberatkan kepala kita sedikit demi sedikit menjauh dan kita semakin terasa ringan dengan masalah tersebut.


Berfikir secara positif, bertenang akan membuka jalan penyelesaian segala masalah yang datang. 



Akhirnya. Kita berjaya menyelesaikan masalah dan semestinya kita akan merasa sangat lega dan semoga kita dapat melepasi masalah-masalah yang akan datang.


Diinspirasikan dari : Unblock me Game.

p/s : Kekadang Main Game pun boleh mencergaskan otak. :)

No comments: