Pages

Tuesday, October 29, 2013

Panduan Memilih Pasangan Serasi | Turutan dalam Adik Beradik

Ini hanya teori semata-mata. Betul atau tidak anda sendiri yang tentukan..
Jom tengok. Sama tak benda ni semua dengan korang..hehe.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA 
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati. Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini."

AKU KATA
Sebagai anak sulung, aku tak sesuai lah dengan anak sulung SEBAB setiap anak sulung karakternya keras KERANA "aku kan kakak/abang". hahaha.. Tapi kalau dah jodoh aku cuba jugaklah ikut saranan itu walaupun aku tahu SUSAH. Semestinya akan berhentam.. hmmm... tapi kalau dapat pasangan anak sulung akan jadi "mak long" di kedua-dua belah pihak?? oh nooooooooooo...

SULUNG + TENGAH = PARADOKS 
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah 'paradoks'(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,"semuanya ok"'tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga. Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.

AKU KATA
Aku rasa kadang-kadang boleh. Kadang-kadang tak boleh. Hahaha.. Semestinya nak kena akuuuu je betul.. dan yang sorang lagi kata. okeyyyy. hehe.. bertabahlah anak tengah ye. :)

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA 
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depan.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sebagai anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jangan terlalu drastic,tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.

AKU KATA
auwwhh..hahahah..Mesti comel je kan.. dan mesti secara automatik aku akan jadi "ibu" kalau dengan si bongsu ni..kahkah.. Idaman nih. Idaman.. hahaha.. InsyaAllah, kalau suami saya adalah si bongsu.. saya akan comel..huahaha. Tak-tak.. hmmmm.. takde papelah.. *malu* *blushing*..hahahaha..tetibe.

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU 
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya.
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative. Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

AKU KATA
Memang agak konflik pasangan ni. Hari-hari ada sahaja pertengkaran. Kalau tak hari-hari pun selalu lah. Masing-masing mahukan perhatian mungkin? mungkin lah. Apa-apa pun diharap pasangan ini boleh menerima antara satu dengan yang lain. okey.

TENGAH + BONGSU + AMAN 
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg ****mukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha utk berkongsi dlm segala hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.

AKU KATA
Semoga amanlah pasangan ini. Aku no komen banyak-banyak sebab aku anak sulung..hahaha

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT 
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI 
Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah. Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini. Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.

AKU KATA
Manja dengan Manja? agak susah. tapi kalau dah sayang kan, boleh je di perbetulkan.. ceehh.. macam doktor pakar cinta pulak. he

AKHIR KATA
Okeylah. sekian sahaja ulasan dari saya.
sekian.
mana-mana yang baik ceduk, mana yang tak elok buang.
dan kepada pasangan-pasangan bahagia.
semoga kekal ke akhir hayat.
yang masih belum berpasangan, 
semoga berpasangan.
hehehh..
bye.


sumber

No comments: