Pages

Monday, October 7, 2013

Penyakit.

Zaman sekarang ni berbagai penyakit yang muncul.
Dah tak kira tua ke, muda ke..
Semua nya main serang saja.

Nak kata punca nya dari pemakanan.
Kadang-Kadang betul.
Tapi kekadang.
Orang yang dah jaga makan elok-elok.
Tak makan tu tak makan ni.
Senaman lagi.
Pun kena penyakit.

Kenapa?

Adakah Pembersihan terhadap dosa?

Atau

Ujian Allah nak turunkan kepada kita?

Mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan..
Dan caranya adalah ditimpa penyakit supaya aku sedar dan insaf dan memohon keampunan dariNya.
Kekadang mana kita nak sedar kita buat dosa..
Bila kita dah terduduk..
Dah tak boleh gerak barulah kita terfikir dosa dosa dosa kita.. huhu
Ini pengalaman akulah yang dah ditimpa penyakit ni..heheh..
Yela.. Syukurlah aku diberi 'anugerah' ni..
Supaya segala dosa-dosa aku sedikit sebanyak di ampunkan melalui ujian yang aku terima ni.
kan sakit tu penghapus segala dosa-dosa..
iye tak..
Buat kawan-kawan yang aku pernah berdosa..
Aku mohon maaf ye segalanya.. :)

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." - (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hidup ni kalau tak ditimpakan ujian.
Terasa kosongnya.
Memanglah ujian penyakit ni boleh dikatakan berat jugak lah nak terima.
Aku pun awalnya susah nak terima.
Tapi aku perlu lah sedar yang diri aku ni hanyalah pinjaman sahaja.
Yang Menciptakan aku berhak untuk beri dan tarik balik nikmat pinjaman yang Dia dah beri kepada aku.
Saat aku di beri ujian ni..
Aku sedar yang aku disayangi olehNya,
Sentiasa ditatang untuk aku sentiasa berpaut erat kepadaNya,
Sentiasa dirindu untuk aku memohon kepadaNya.
Aku rasa aku patut dicemburui kerana tak semua orang dapat apa yang aku dapat ni.
Tak semua orang dicuit hatinya untuk mengingatiNya.
Terima Kasih Allah..

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157

"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya’: 83

Semoga selepas sembuhnya aku dari penyakit ini, aku akan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam melakukan segala hal yang berkaitan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

take good care of yourself,praying for u.. :-)