Pages

Tuesday, October 15, 2013

Petua Memilih Sahabat

Assalamua'laikum pembaca semua...
Macam mana sambutan raya korang hari ni? Ada best? Dapat daging korban tadi korang buat apa? buat sup? masak daging goreng? Hehehehe... Aku?? Aku sambut dengan penuh kesederhanaan je tapi penuh dengan kesyukuran... Ce ce cehh... 



Ok2, malam ni aku nak kongsikan dengan korang petua memilih sahabat. Sebagai manusia, setiap dari kita perlukan sahabat untuk menempuh kehidupan ini dengan penuh semangat. Sahabat tak semestinya orang yang sebaya umur dengan kita tapi boleh jadi ahli keluarga kita, mak ayah kita, kakak abang kita, makcik pakcik kita, cikgu kita atau siapa saje. Yang penting dia adalah orang yang paling rapat dengan kita, paling mengenali diri kita dan sentiasa ada disisi kita bukan setakat saat suka tapi juga saat duka.. 



Sebenarnya bukan semua orang boleh kita jadikan sebagai sahabat tapi itu tak bermaksud kita bermusuhan dengan mereka yang tidak dijadikan sahabat tu tapi cukuplah sekadar kawan biasa. 

Okeh, takmo cakap banyak... Kita lihat apa nasihat dan petua dalam memilih sahabat agar hubungan persahabatan yang kita bina itu memberi kebaikan, manfaat dan keberkatan dalam hidup kita

Berkata Hukamak :

“ Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah engkau bertanya disana sini tetapi cukuplah dengan kamu melihat siapakah kawannya atau siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan itu ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya.”

Berkata pula Ulama :

“Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan dua orang dari tiga orang iaitu
i) Orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu.
ii) Orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya  daripadamu dan diamalkannya
iii) Orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih elok ialah engkau larilah dari berkawan dengannya.




Jadi bagi korang yang masih belum ada sahabat yang betul-betul sahabat tu boleh la gunakan petua ni untuk memilih sahabat supaya sahabat yang korang pilih tu berguna untuk hidup dunia akhirat korang... InsyaAllah..

No comments: