Pages

Wednesday, October 9, 2013

Rumah Api Kuala Selangor.

Dulu dulu dulu aku pernah cerita tentang Rumah Api Tanjung Tuan, Port Dickson kan.
Sekarang nak cerita Api Kuala Selangor Pulak sebab hari tu aku pergi sana..haha
Entah kenapa aku teruja bebeno bila nampak rumah api..
Yang aku perasan, bentuk rumah api ni lebih kurang sama je keduanya.
Atau semua rumah api sama saja rekabentuknya..hehe
Lagi satu, Rumah api ni duduk kat tempat tinggi atau atas bukit.
Yelah kan, tujuannya pun untuk memberi tunjuk arah kepada kapal-kapal yang belayar.



Rumah Api Kuala Selangor.
 
 
•     Rumah api yang terletak di atas Bukit Malawati, Kuala Selangor dibina pada tahun1907, atau dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg bersempena dengan nama Gabenor General Belanda yang memerintah semasa penawanan Kota Malawati di tangan pihak Belanda.
 
     Ia merupakan lambang Kuala Selangor yang masih teguh dan berfungsi sehingga kini untuk menjadi panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sama ada dari arah Utara atau Selatan. Lampu dari rumah api ini akan dipasang dari jam 7.00 malam sehingga 6.00 pagi setiap hari.
 
•      Pada masa ini, Rumah Api Altingsburg dikawal selia oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia (Wilayah Tengah). Tingginya 83 kaki dari dasar laut dan 27 kaki dari darat  Rumah api ini mempunyai tiga bahagian iaitu bawah, tengah dan atas.
 
•      Beberapa perincian yang disediakan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia (Wilayah Tengah) mengenai rumah api ini adalah seperti berikut:
 
ØCiri-ciri Lampu : Fi (2) 15 Saat
 
ØJulat Penglihatan : 18 Batu Nautika
 
ØKetinggian Lampu : 73 Meter (atas paras APPM)
 
ØKetinggian Bangunan : 27 Meter
 
ØTahun Dibina : 1907
 
sumber : google


No comments: