Pages

Monday, October 14, 2013

Salam Lebaran, Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamua'laikum pembaca sekalian... Dengan ini aku ingin mengucapkan kepada kalian semua dengan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha... Perbanyakkan lah Takbir, Tasbih dan Tahmid sebagai tanda syukur dan inilah cara kita merai serta merayakan hari raya kita.


Jadi sempena malam raya ni, bagi aku 5 minit je masa korang, aku nak ajak korang dengar satu lagu nasyid. Sebenarnya lagu nasyid yang aku nak kongsikan dengan korang ni lebih sesuai didengar ketika hari raya Aidil Fitri sebabnya almaklum la budaya masyarakat kita menyambut hari raya Aidil Fitri lebih meriah berbanding Aidil Adha. Tapi memandangkan hari raya Aidil Fitri hari tu aku tak sempat nak post, maka aku ambil kesempatan postkan pada hari raya Aidil Adha ni. Hari raya jugakkan. Lagipun artis kita setahu aku tak pernah plak ada lagu raya untuk sambutan AidilAdha...

Dengarkan....


So, lepas korang dah dengar lagu nasyid ni, harapnya hari raya Aidil Adha esok dan juga Aidil Fitri yang akan datang kita ambil lah iktibar dan pengajaran melalui bait-bait lirik lagu nasyid ni berkenaan cara sambutan hari raya yang sebenar dan mengikut syariat.

Eloknya kat televisyen dan radio pasang lagu-lagu nasyid yang macam ni, bior masyarakat kita terdidik dan terbentuk dengan budaya hari raya yang sebenar, yang berlandaskan keimanan, bukannya pasang lagu-lagu raya yang kalau kita dengar, tak menggambarkan perayaan Islam tapi lebih kepada perayaan nafsu semata.

Akhir kata, sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

No comments: