Pages

Friday, October 11, 2013

Wanita Paling Ramai Mengalami Kemurungan.


Waktu breakfast tadi tengah selak-selak akhbar berita harian ternampak artikel ni..haha.
Nak tersembur rasenye..

Artikel ini menyebut wanita mengalami kemurungan dua kali ganda berbanding lelaki..
untunglah lelaki..

Kajian Kementerian Kesihatan terhadap penduduk dewasa yang berumur 16 tahun ke atas mendapati 1.8 peratus penduduk iaitu 340,000orang mengalami kemurungan manakala 320,000 orang mengalami masalah keresahan.

Antara punca-punca kepada masalah ini adalah kerana perubahan persekitaran dan masalah kewangan.

Artikel selanjutnya boleh klik pada gambar di atas. heheh

Kenapa wanita Murung?

Kerana wanita gemar memperbesarkan hal-hal yang kecil.  hehe..
-kekadang selipar hilang sebelah pun menangis seminggu..CONTOH....

Wanita mempunyai tahap kecemburuan yang tinggi..
-Tunang layan customer perempuan pun dah mintak putus tunang..Lepastu.. MEROYAN..ini contoh gak nih.haha

Perasaan takut yang melampau.
-Nak pergi jumpa doktor minggu depan, mulai hari ini dah mula fikir yang bukan-bukan. haha.. contoh.

Suka bersangka buruk.
-Nampak je dua orang perempuan lain berbual, dalam hati kata "haaaaa... ngumpat aku le tuh"..lepastu dah mula la reka macam-macam andaian. sudahnya malam tak leh tidur.

Terlalu manja.
-I can't live without you only for a second..  maksudnya, kena ada 24 jam bersama-sama.  walau tak jumpa kena mesej 24 jam. lambat balas sesaat,call. tak angkat call, call adik boyfriend pulak, tanye...
takde sesape jawab.. mengaruk.. ade ke yang macam ni? errr.. ade kot. heh.

Yang lain-lain, tanya wanita lain. Aku nampak yang ni je. hehehh..
Tapi tak semua wanita begitu.
Setiap orang ada karakter masing-masing.

Yang penting Wanita sememangnya dilahirkan sebagai seorang yang sensitif dan lembut hatinya.
tengok je keras macam pokok tapi dalam hati rapuh jugak..
Tu pasal la.. mereka-mereka ni suka murung. Jujurnya aku pun kengkadang.. bukan sebab lelaki la.. sebab kawan-kawan, keluarga, jiran, kucing, ayam, itik, angsa semua lah pun termasuk.

Ok, itu saja.
Nanti cerita tajuk lain pulak.
bye.

No comments: