Pages

Wednesday, January 29, 2014

Wajar Curigai Keimanan


Assalamualaikum..

Ok kawan-kawan.. dah beli majalah Dara.Com bulan Februari 2014? Haha.. Promosi pulak ye. Kisah nye macam ni.. Aku ni memang pembaca tegar majalah Dara.com. Kepada yang tak pernah baca majalah Dara.Com, aku nak cakap ni.. majalah ni bukan menekankan tentang fesyen, percintaan semata-mata. Ada juga artikel-artikel berkaitan keagamaan. Tak banyak, tapi bermanfaat. Kalau beli buku agama tapi tak baca. Tak guna jugak kan.. Kadang-kadang nota yang terselit tulah yang menyedarkan kita tentang sesuatu.. ye ke tidak?? Eh,, ni tak perli sesiapa okey.. pendapat UMUM taw.. hehehehe..

Kisah di bawah ni yang aku baca di ruangan Sirah Pilihan. Kisah seorang pemuda, Hanzlah yang meragui keimanannya.  Hmmm.. perhatian ye, Hanzlah dan Hanzalah adalah dua orang yang berbeza yang hidup di zaman Rasulullah.  Jangan silap faham pula. Siapa pula Hanzalah? Itu dalam entry lain.. InsyaAllah.. hehe.. 

Ok jom baca kisah nye.

Wajar Curigai Keimanan

Setiap kali Rasulullah SAW menyampaikan khutbah pada hari jumaat, sudah tentu ramai makmum akan tersentuh dengan isi kandungannya yang sangat menginsafkan malah ramai yang menangis apabila mengenangkan nasib yang menimpa mereka.

Hanzlah merupakan salah seorang yang mudah menangis apabila Rasulullah SAW membaca khutbah.
Dia akan menghayati betul-betul apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.  Bagaimanapun kesan keinsafan yang dirasai oleh Hanzlah tidak lama.

Apabila dia kembali ke rumah mengingati anak dan isteri, dia tidak berasa sedih lagi malah kesan keinsafan itu beransur-ansur hilang.Hati  kecil Hanzlah selalu berkata-kata sendiri.
"Apakah aku ini seorang munafik. Apabila mengenangkan khutbah Rasulullah SAW hati aku menjadi insaf dan menitis air mata.
Tetapi apabila aku pulang ke rumah, perasaan itu hilang tiba-tiba dan aku kembali seperti biasa. Bukankah ini munafik namanya?"

Kemudian Hanzlah bertemu dengan Abu Bakar RA dan menceritakan masalahnya.
"SubhanAllah. Apa yang kamu katakan ini? Kamu tidak mungkin menjadi munafik," kata Abu Bakar RA. Kemudian Abu Bakar bertanya, "Bagaimana sehingga kamu boleh mempunyai perasaan seperti ini, Hanzlah?"

"Semasa saya mendengar khutbah Rasulullah SAW tadi, saya berasakan seolah-olah syurga dan neraka berada sangat hampir kepada saya sehingga saya menitiskan air mata. Tetapi apabila selesai mendengar khutbah dan saya pulang ke rumah bertemu dengan anak-anak, saya menjadi lupa mengenai kampung akhirat," terang Hanzlah kepada Abu Bakar RA.

"Bukan kamu sahaja, saya juga rasa begitu. Kalau begitu, bagaimana kalau kita berjumpa Rasulullah untuk meminta pandangannya?" Cadang Abu Bakar RA.

Akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa Rasulullah SAW.
Sebaik sahaja berjumpa dengan Rasulullah SAW, Hanzlah menceritakan perkara yang dialami.

"Demi Allah, jiwaku di tangan-Nya. Jika kamu dapat memelihara selama-lamanya keghairahan yang diwujudkan, dalam sanubari kamu semasa berada di sisiku, sudah tentu malaikat akan mengucap selamat kepadamu semasa kamu berjalan dan semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah ini adalah perkara yang sangat jarang berlalu," ujar Rasulullah SAW ketika diminta buah fikirannya.

"Bagaimana keadaan aku sekarang?" Tanya Hanzlah dalam keadaan gelisah.

"Beginilah.Walau bagaimana teguh sekalipun keimanan seseorang dia tidak dapat menumpukan segala tenaga dan urusan terhadap akhiratnya semata-mata, kerana sebagai seorang manusia dia juga terpaksa bertanggungjawab terhadap urusan dunia. Walaupun ada manusia yang berperasaan demikian tetapi bilangannya sangat kecil. Bagaimanapun kita hendaklah memupuk perasan supaya sentiasa mencurugai keimanan kita," Jelas Rasulullah SAW.

Pengajarannya di sini ialah, Kita wajar mencurigai keimanan kita kerana boleh mendorong kita untuk lebih bertakwa dan beriman kepada-Nya. Seperti mana yang dilakukan oleh Hanzlah, meskipun dia antara orang terdekat dengan baginda, namun dia juga tidak terlepas daripada tanggungjawab terhadap urusan dunia. 

Itulah hikmahnya Allah menurunkan manusia ke dunia supaya menguruskan dunia dengan baik dan dalam masa yang sama mengejar akhirat.. Kira macam kita menyeimbangkanlah antara dunia dan akhirat.  Jadikan segala yang kita lakukan di dunia ini sebagai dakwah kepada orang lain. Kan ke konteks dakwah tak terbatas dalam ceramah saje kan.. Setiap perbuatan baik, yang menjadi ikutan, menjadi contoh juga boleh dikatakan dakwah.  Yang penting, niat Kerana Allah.  Secara tidak langsung, dunia kita dapat pahala, akhirat kita capai syurga.. InsyaAllah. Bersama-samalah kita.  Curigai keimanan untuk lebih beriman. InsyaAllah...

Sekian, harap bermanfaat dan yang mana salah harap perbetul. Huhu.


Assalamualaikum..

No comments: