Pages

Friday, May 16, 2014

Easy Taxi

Korang Pernah dengar tak perkataan ni?
Easy Taxi?
Sebelum ni aku pun tak pernah dengar juga perkataan ni..
Sehingga la... Hari Rabu hari tu..
Aku balik dari kampung terus ke tempat kerja.. dannnn...
Housemate aku g keje naik moto.. berdua..
so, aku takkan nak duduk kat bakul lak kan. haha.
Aku pulak hari Jumaat haritu pergi kerja naik kereta, jadinya motor aku tinggal kat rumah le.. (kereta housemate)
Mula-mula aku call pakcik teksi yang duduk dekat-dekat dengan rumah aku tu.. pastu dia jawab tak boleh amik.. Aku tak sedih la mase tu, biase-biase je.. haha
Tetiba.. aku dapat idea..
Aku pergi le kat google play dalam Android aku tu.. haha.. berlagak tak..
aku taip Taxi..dan aku jumpa application easy taxi ni..
Aku pun install la semua..
Balik tu, dalam pukul 5.20 petang aku pun bukak le application nih.
Power betul dia taw kita kat mana.. haha.. (gayat sket)
Lepas tu dia suruh bagi tau landmark kita kat mana.. letak la apa-apa pun yang berdekatan dengan tempat yang nak suruh teksi tu.. aku letak bangunan tempat kerja aku la sebab bangunan tu ada dalam google map.. kihkih..
Lepastu bagi tau destinasi, aku letak nak balik rumah aku la.
pastu Application tu tolong carikan teksi berdekatan..
Tapi, korang tau jela kan, pukul 5 lebih, orang balik kerja kurang la teksi nak amik orang la, dalam 10 minit aku tunggu, Customer Service Easy Taxi ni call cakap kena tunggu & letak dekat bahagian tip RM10.. sebelum tu aku tak letak pun.. hehe
Aku macam.. haaa?? nak letak tip pulak.. Tapi orang tu cakap nanti Easy Taxi bayarkan. letak je tip RM10..
BAru je nak cakap ok, Customer Service tu cakap "ok takpe cik, cik dah dapat teksi".. hehe..
terus dia cakap terima kasih dan letak.
Aku tengok memang ada satu teksi siap gambar, siap nama, no teksi semua.. haa... selamat tak? sebelum naik teksi dah kenal pemandu.. hehe.
15 Minit kemudian, orang teksi tu call cakap dah sampai kat bawah.. haha.. dah macam "mem beso" je gamaknye.
Aku pun turun dan naik teksi tu sehingga ke rumahku..
Dah sampai, pemandu tu tanya "ada kupon tak"
aku cakap le takde dah first time kan.
so, dia bagi la dua keping kupon Diskaun Rm10..so next time kalau naik Easy taxi lagi boleh dapat diskaun RM10.. hahaha
Syok owww..
Lepas ni nak naik teksi guna Easy Teksi la.. hehe.. eh..

Kupon Easy Taxi


Korang kalau nak install Easy Taxi guna Android Power korang boleh ke Google play, Search Easy Taxi.  Kat Iphone Hebat korang lak leh search Easy Taxi jugak. hehe.

Selamat Mencoba. bye bye.

p/s : Lambat lagi le beli kereta gamaknye. ada Easy Taxi. kahkahkah.

No comments: