Pages

Monday, June 23, 2014

ala-ala Mexican Iced Coffee Black Canyon

Pernah minum tak Air dalam kasut? haa..
haha
Aku masa masuk Black Canyon ni, jakun sikit. Nampak air dalam kasut terus terpukau tanpa memikirkan harga yang agak tinggi itu.. haha.
Tapi memang sedap. Untuk penggemar kopi lerr..
rase die lembut, kopi dia pahit.. melekat-lekat rasenye dalam mulut aku ni.
Terigau-igau gamaknye.. haha
Tipu je.
Harga secawan ni dekat-dekat RM13.00
Jadi aku memilih untuk minum dekat sini dua tahun sekali ataupun tiga tahun payah sekali.. hehehehe..

Mexican Iced coffee Black Canyon

Tapi lepas tu tekak aku ni tetiba mengada-ngada je mintak dikasihani.. mentang-mentang puasa, teringin nak kopi.. haha.. aku yang gedik sebenarnya.. lepas tu terbayang Mexican Iced Coffee tu,, fikir punya fikir punya fikir.. aku pun dapat idea.. hahahaha
Buat air ala-ala Mexican Iced Coffee yang aku bagi nama Melayuan Iced Coffee Black Anon. huaha..
Mase berbuka tadi aku rase.. Nak nangis.. sebab lebih kurang sama.. haha.. cuma kopi yang aku buat ni keras sikit la, almaklumle, kopi melayu.. pakai tempurung kate mak aku.. haha.. gurau jer.. 

Hanya perlu 6 benda jer nak buat air ni. Antaranya :
  1. Kopi Tuah (paket hijau)
  2. Susu Dutch Lady fullcream
  3. ais
  4. air panas
  5. Cawan
  6. Penapis air
Cara-caranya : (untuk secawan)
  1. Rendam 2 sudu kopi Tuah dengan air panas selama setengah jam. Nak bagi kopi tu kembang and kawwww..
  2. Tapis air kopi ke dalam cawan yang lain.
  3. Biarkan sejuk sikit. (kalau suka manis boleh campur gula. kalau tak tak payah)
  4. Letak ais dalam cawan sampai penuh. 
  5. Tuang susu Dutch Lady Fullcream sehingga lebih kurang separuh cawan.
  6. Tuang air kopi yang ditapis diatasnya.
  7. siap dihidang..


Melayuan Iced Coffee Black Anon

**aku nye kopi tu jadi tak bape cantik pulak sebab susu tu gelojoh nak turun bawah cecepat. haha.. tapi rasanye menggiurkan.. nyummyy.. try lah.. heheh


No comments: