Pages

Friday, June 20, 2014

Mungkin Ini Jawapannya..

Tadi aku menyelak-nyelak post aku buat dulu..hehe
bila tengok-tengok balik, ish rase cam tak matang nye aku.. haha.
Yela dulu-dulu kan bebudak lagi. ntah pape je tulis nye..
Lepas tu, ada satu post pertanyaan yang masih tergantung dan bakal ada jawapannya.. hihi
Post tu ada kat post siapa aku pada tahun 2015. tengok la situ dulu.

Sekarang dah pertengahan 2014. bermaksud lagi setengah tahun lagi akan masuk 2015.
jeng jeng jeng..
siapakah aku sewaktu itu.
hehe

InsyaAllah, waktu itu, aku samalah la seperti sekarang, sewaktu post ini ditaip..
aku adalah....

Penjawat Awam.. err.. sebenarnya pekerja di salah sebuah badan berkanun.. Alhamdulillah, murah rezeki. :)
Masih lagi bukan dikalangan menteri menteri.. hihi

Aku jugak sekarang adalah seorang perantau yang mana aku telah keluar dari negeri kelahiran dan tinggal di luar negeri la.. haha.. Terpaksa lah bergasak-gasak beli tiket nak balik kampung beraya.. haha.. seronok-seronok.


dan... aku adalah seorang pelajar.. hureyyy... inilah cecita aku.. walaupun PJJ tapi tetap lah aku suke kan, kita minat, lepas tu dapat.. melompat keriangan ler.. hee..


Yang pastinya aku bukan seorang surirumah tangga yang bizi berpeluh-peluh gitu ha.. haha.. Tapi.. aku bercita-cita nak jadi surirumah jugak.. tapi yang ada income ribu riban,, haha.. duit sendiri ler. bukan duit laki.. hew hew hew.

Agak-agak selesakah aku bila aku dah dapat separuh dari impian aku?
Bolehke aku berbangga dengan apa yang aku ada sekarang ini?
InsyaAllah tak. aku masih lagi perlu berusaha untuk keluar dari keselesaan yang aku ada ni.
Aku mengaku yess.. memang aku sangat selesa dengan apa yang aku ada.. 
tapiiii... 
sedar, aku kena keluar dari 'comfort' zone ini.
Bila nak keluar?
Masih dalam perancangan..hehe.
Eh, tapi memang kena keluar lah.
Aku rasa tercabar gak bila aku pergi Brand Outlet hari tu, kat satu baju tshirt tu, dia tulis 
"Your successful begins at....... the end of your comfort zone"
haha
demam aku sekejap kat situ. 
so, nak tak nak kena lah buat sesuatu.

Hajat untuk tahun 2015 aku?
  1. Dah pandai bawak kereta
  2. Dapat kereta impian.. hehehh..
  3. ----------------(bukan kawen le yang pastinye)haha
ada satu komen dulu cakap tahun 2015 aku jadi tunangan orang.. awwhhh..
Perancangan Allah sebaik-baiknya.. so, no komen.. hehe
Masih belum ke arah tu lagi kott.. masih banyak lagi benda nak diselesaikan.. hee..
Tapi, Kalau ade, tak menolakk... :p

Okey, Itu sahaja ceritanya. Nanti ada lagi aku sambung. Lega rasanya dah terjawab.. haha.. poyo nye macam jawab exam.




No comments: