Pages

Tuesday, August 12, 2014

Makan

"air apa ni?? tak sedap nye!!".. agak tak sopan la duduk dalam majlis cakap macam tu.. padahal air asam boi kot.. bukannya air longkang letak gula pun..

dah la komplen pasal air, pasal makanan-makanan lain pun nak di komennya.. tak paham aku.. aku rasa dia masak paling sedap, air bancuhan dia paling best agaknya.

Kalau dia tu orang yang tergolong dalam golongan jahilliyah takpe, tapi kalau dilihat secara kasarnya, tak sepatutnya dia berkelakuan biadap macam tu kan.kan.kan.

dia cakap tak sedap, tapi ada orang yang rasa sedap. aku le tu yang rasa sedap. haha...

dan. aku kalau orang cakap tentang makanan yang tak sedap, itu tak sedap ini tak sedap, komplen, komplen,komplen aku jadi tak berselera nak makan.. bukan apa, meluat lak, beriya cakap tak sedap, tapi sental siap tapau.. manusia.. aku perati kan jelah.. nak tegur dia lagi berilmu..

sabar... sabar...

Bawah ni pun ada hadis yang bagitahu tak boleh mencela makanan.. kuncinya, tak suka tak payah makan, bukan tak suka bungkus..

Larangan Mencela Makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

p/s : nasib baik aku suka makan ape saje.. heheheheheh..

No comments: