Pages

Thursday, September 4, 2014

aku dan kamu

Aku paling suka makan pizza
Kamu paling suka makan pasta
Adakah kamu dan aku memang tak sekepala.

Aku paling suka minum teh o
Kamu paling suka nescafe o
Bila aku hulur sikit kamu kata ‘Tak sedap doo’.

Walau kita selalu
Tidak pernah Setuju
Aku dan kamu selalu merindu.
Walau kita selalu
Tidak pernah sebulu
Aku dan kamu masing-masing menunggu.

Arsenal pasukan ku di hati
Kamu pula paling suka Chelsea
Menonton bola tak pernah kita serupa jersi.

Aku paling suka movie aksi
Kamu paling suka kan komedi
Bila waktu tengok wayang
Ada yang tak puas hati.

Walau kita selalu
Tidak pernah sebulu
Aku dan kamu selalu merindu.
Walau kita selalu
Tidak pernah setuju
Aku dan kamu masing-masing menunggu.

Kau keju kepada pizza ku
Aku salad kepada pasta mu
Selalu melengkapkan hari-hari mu.
Kau limau kepada teh o ku
Aku gula untuk nescafe mu
Selalu menambah warna warna hidup ku.

Ku Zola kepada Chelsea mu
Kamu Henry kepada Arsenal ku
Selalu buat yang terbaik untuk ku.
Ku ingin menjadi hero mu
Kamu heroin dalam kisah ku
Aku akan menjaga mu selalu.

Aku akan menjaga mu selalu.
Aku akan menjaga mu selalu.

-encik mimpi-

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu yang comel. hehe.
ramai yang kata selalu pasangan tu banyak bezanya..
yeke? yeke? yeke?

No comments: