Pages

Tuesday, September 16, 2014

Mengait | Patern Kopiah Kait

Tadaaa..!!



Ini adalah kopiah saiz dewasa yang berjaya aku kaitkan.. haha
Satu kejayaan untuk aku bila aku berjaya membuat kopiah ini setelah gagal berkali-kali. hehe
memang untuk belajar ni memerlukan sesuatu kesabaran.. kalau tak.. ke tong sampah le jawabnye.. 
dan, cabaran lain, tak pandai baca patern.. hehe.. 
sangat-sangatlah menguji kesabaran aku yang kekurangan sabar ini.. hehe
Ini baru permulaan untuk aku..
Lepasni nak buat geborr lakk.. InsyaAllah.. hehe
Jadi untuk semua-semua yang berminat nak buat kopiah jenis ni boleh amik patern yang aku bagi ni ye..
senang je.. hanya guna 2dc, dc, sc, ch... kalau malas nak kait, aku leh tolong..dengan upah. haha.. :p
aku amik patern ni kat blog INI.. Banyak-banyak terima kasih la tuan blog.. hehe.

ok, ni patern nye :

Material : Soft Cotton warna biru mint tua & hijau tentara ; jarum hakken tulip no.4

Pola untuk Kopiah:

Mulai dengan lingaran fleksibel dengan benang soft cotton warna biru mint.
Baris 1 : 1 ch, 10 sc dalam lingkaran, sambung dengan sl st di ch pertama --total 10 sc.

Baris 2 : 2 ch, 2 dc dalam setiap sc. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 20 dc.

Baris 3 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, 1 dc di dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambungan dengan sl st di 
ch ke dua pertama. --total 30 dc.

Baris 4 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 2 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 40 dc.

Baris 5 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 3 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 50 dc.

Baris 6 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 4 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 60 dc.

Baris 7 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 5 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 70 dc.

Baris 8 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 6 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 80 dc.

Baris 9 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 7 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 90 dc.

Baris 10 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 8 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 100 dc.

Baris 11 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 9 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 110 dc.

Baris 12 : 2 ch, *2 dc di dc pertama, dc di 10 dc berikutnya. Ulangi langkah * hingga akhir. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. --total 120 dc.

note: Mulai dari baris 12 ini apabila ingin membuat kopiah yang lebih besar tinggal menambahkan baris penambahan. Jika ingin lebih kecil bisa mengurangi baris.

Baris 13-16 : 2 ch, dc di setiap dc. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. Kemudian matikan benang --total 120 dc.

Baris 17-18 : Ganti dengan benang warna hijau tentara. 2 ch, dc di setiap dc. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. Matikan benang. --total 120 dc.

Baris 19-22 : Ganti dengan benang warna mint tua. 2 ch, dc di setiap dc. Sambung dengan sl st di ch ke dua pertama. Matikan benang. --total 120 dc.

Selamat Mencuba.. :)

P/S : Aku ada buat headband baby.. nanti aku tunjuk dengan patern sekali ye.. InsyaAllah.. :)

No comments: