Pages

Monday, September 21, 2015

Alergi dan Mitosnya

Setiap manusia yang mengalami penyakit alergi semestinya akan menderita dan tertekan kerana tidak dapat bergerak normal seperti orang yang tidak mempunyai alergi.  Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan seperti menjauhkan diri daripada habuk, hindari dari cuaca panas, mengelakkan makanan yang mengakibatkan alergi seperti makanan laut, dan sebagainya. 


Namun, tahukah anda, beberapa pantang larang dan keperluan untuk orang alergi adalah MITOS?!
Mari kita lihat antara mitos dan faktanya.


MITOS : Vitamin C bermanfaat kepada mereka yang mempunyai alergi
FAKTA : Peningkatan vitamin C boleh merendahkan tahap histamine di dalam tubuh, namun awas buah-buahan boleh menjadi musuh pada anda.  Ini kerana kebanyakan buah-buahan seperti epal, pisang, pic dan plum boleh menyebabkan symptom yang sama dengan reaksi atau alahan kepada debunga.  Jika anda sensitive kepadanya letak buah-buahan ini di dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 saat untuk menyahaktifkan kandungan protein dan jangan sesekali makan kulitnya.


MITOS : Anjing yang tidak mendatangkan alahan tidak memburukkan alahan saya.
FAKTA : Tidak ada istilah anjing yang tidak mendatangkan alahan (hypoallergenic).  Poodles, Labradoodles dan Yorkshire kesemuanya dianggap hypoallergenic.  Namun tidak ada bukti saintifik yang mendakwa baka anjing ini membawa can F1 iaitu alahan biasa terhadap anjing.  Yang penting pastikan anda mencuci tangan dengan sabun dan air panas selepas bermain dengan haiwan.
p/s : Mungkin juga termasuk haiwan berbulu yang lain seperti kucing, arnab dan lain-lain.


MITOS : Bebas habuk bermakna bebas alahan
FAKTA : Secara umumnya memang benar kebersihan tanda keimanan.  Namun pendedahan kepada kekotoran dan kuman sebenarnya baik kerana ia menguatkan system imun tubuh.


MITOS : Kerap Mandi
FAKTA : Mereka yang mempunyai alahan sering dinasihatkan agar kerap mandi untuk menyingkirkan sama ada habuk, debunga mahupun bulu binatang yang melekat di tubuh mereka.  Tapi awas dengan langsir mandi (shower curtain) jika anda menggunakannya.  Ini kerana shower curtain boleh meracuni udara dengan kelembapan dan suhu serta mampu menarik kehadiran kulapuk.


MITOS : Penyegar udara boleh membersihkan udara
FAKTA : Penyegar udara mengandungi banyak bahan kimia sepert formaldehdi, petroleum distillates, limonene, esters dan alcohol.  Jadi sebagai pilihan anda boleh menggunakan lilin berasaskan soya yang mengandungi pati minyak tanpa pewangi atau pun boleh mencuba hypoallergenic spray.

No comments: