Pages

Friday, May 27, 2016

Cerita Tunang

Hai semua!

Sebenarnya tak berapa nak cerita hal peribadi aku kat sini.
Tapi memandangkan aku ni pelupa, kena la cerita juga sebab nanti boleh ingat balik. hehehe
tak nak la cerita tunang haritu berakhir macam tu je. kena ada moment jugak. hihi. **gedik**

Aku & tunang aku ditunangkan pada 3 April 2016 aritu. lagi dua minggu sebelum naik kerja.
hehe
Tak sangka pulak nak bertunang. Tetiba tunang. haha

Persiapan tunang mase tu ok-ok jela. sebab aku & bakal tunang aku tu jejauh. tak jumpa langsung selama tiga bulan. Semua buat sendiri-sendiri jer. Kira barang hantaran tu surprise la. hahahaha..
Duk jauh-jauh untuk majlis penting sendiri, rasa macam demotivated pulak. huhu. sampai aku rasa takde semangat lak nak buat majlis tu semua. gatal je ek. tapi itu la yang aku rasa. haha

Dalam stress-stress buat persiapan tu,, ada lagi makhluk lain menyibuk. ape lagi kalau bukan jerawat. Dia lah sumber utama aku takde semangat nak bermajlis tunang tu. haha. banyak gila kot. sampai aku cakap kat mak aku yang taknak tunang.. hahah... kena marah le jawabnya. lepas tu aku bagitahu bakal tunang,, dia pun bagi la sepatah dua kata semangat.. aku pun tenang sikit la sampai ke majlis. sikit je. hahaha..

Aku sebenarnya taknak ada majlis bertunang nih. nak family2 je. Tapi, dah rezeki ada majlis kan dua kanopi sekali ado. hahaha... tapi tetap jugak ada family je. ngan jiran 2,3 rumah.. Hajat mak sendiri kan nak buat camtu. layaannnn... kawan-kawan pun aku jemput Mira, Ira n Yana je. Tu pun yang datang Yana je. Tak jemput semua sebab kang jemput reramai heboh. hahahahahahahahahahahaha...

Dan Alhamdulillah,, majlis berjalan dengan lancarnya... semua nya berpuas hati dengan majlis.. cumanya aku jela tak puas hati. sebab nampak gemuk.. hahahahaha...

Syukur segala majlis pertunangan selesai dan banyak pihak yang membantu dalam proses pertunangan ini.. Next, persiapan nikah pula..

Kali ni nak nikah teruja lah sikit sebab dekat ngan Encik Tunang kitew.. hew hew hew.. segala persiapan bincang sesama.. Terasa lah ada sokongan. hahaha... ish2 sangat gedik ye disitu.

Tu je nak cerita. tak ada gambar nak tepek sebab hilang ditelan telefon bimbit yang dah pun arwah... tunggu nikah la. haha.. Nanti kalau ada aku tepek gambar bersama tudung dan veil yang aku try n error buat sendiri. muahahaha...

Nunjuk gambar cincin jela. haha.. cincin risik dan tunang

Bye......


No comments: