Pages

Friday, May 27, 2016

Prosedur Perkahwinan

Bagi bakal-bakal perantin sekalian mesti tertanya-tanya kan pasal prosedur ni dan mesti rasa ianya susah kan. Aku pun rasa camtu jugak. Tapi bila dah buat Alhamdulillah, ia dipermudahkan.

Untuk aku orang Melaka, aku perlu isi borang online sahaja.. Antara maklumat yang perlu aku isi : Maklumat bakal suami, Maklumat sendiri, maklumat wali & tempat nikah, lepas tu hantar dan tunggu diproses. Macam aku isi malam, pagi tu dah dapat borang dalam bentuk pdf, Download, lengkapkan dokumen sokongan, cantumkan dengan borang bakal suami yang dah lengkap lepas tu hantar. 

Dokumen sokongan yang perlu disediakan :

Kad Pengenalan sendiri
Kad Pengenalan wali
Sijil kursus kahwin
Surat HIV Test
Gambar bertudung/bersongkok
Surat nikah mak ayah (anak perempuan sulung)

aku ingat yang tu. nanti ada lagi aku tambah. hehe

dan pastikan isi borang ni dalam tempoh 90 hari sebelum nikah ye. jangan isi awal dari tu, tak valid nanti. 

Untuk orang  Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak boleh isi kat SINI.

Kalau tak silap aku, kalau dua-dua bakal pengantin dari negeri yang gunakan borang ni, yang isi nya salah sorang je, contoh nye kau dari Negeri Sembilan, bakal suami/isteri orang Perlis, salah seorang je isi. Tapi print borang tu asing-asing la jangan malas sangat. hahaha

Kalau bakal suami/isteri yang datang dari negeri yang bukan guna borang yang sama, Pasangan isi ikut prosedur negeri mereka, dan berikan borang mereka pada perantin perempuan. (Ini untuk kes macam aku) kahwin dengan orang luar negeri, so pasangan kena siapkan borang dia sekali dengan kelulusan pendaftar nikah kawasan dia baru bagi kat aku, jumpa imam tempat aku dan aku hantar borang pulak kat pejabat agama untuk dapatkan kelulusan bernikah. lepastu.. nikah la. hewww..

Oh ya, lagi satu, lepas dah buat permohonan tu, dalam masa 14 hari korang kena pergi pejabat agama untuk dapatkan kebenaran nikah. lebih dari tu isi borang baru.

Setakat ni itu je yang boleh aku kongsikan sebab aku pun lum siap lagi. hehe..

Nanti selesai aku cerita lagi. 

No comments: