Pages

Thursday, July 28, 2016

Aku dah Nikah!

Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan aku pada 24 Julai 2016.  Majlis hanya dihadiri saudara-saudara terdekat. Walaupun majlisnya kecil, terasa bahagianya.. hehehe.

Macam biasa, Ramai pakcik makcik, kengkawan tanya camne boleh kenal. sebab kami bukan satu sekolah, bukan satu tempat kerja, satu kolej, satu negeri. kami cuma satu malaysia. hahahaha...

Ala, ikan di laut, asam di darat dalam periuk bikin muafakat gitula. hahaha

Aku cuma cakap kenal kat laman sosial yang femes tu je.. tapi sebenarnye tak pun. hahaha..

Aku berkenalan secara tak langsung dengan dia kat satu laman sosial gak ar.. ala2 islamik gitu. haha.. sejujurnya niat aku bukak tu hanya nk ilangkan boring je sebab masa tu fb tak boleh buka kat pc. laman tu je boleh buka.. hehe.. tu pun aku selalu scroll2 je.. takde nak chat-chat pun sebab bukan ada kawan pun. haha.. ade pun ngan kawan pmpuan la, dari seberang tapinye. haha.. sebab laman tu tak berapa femes pun kat Malaysia ni.

Lepas beberapa bulan aku dengan laman web tu, aku pun senyap camtu je.. takde login pun sebab sibuk kot masa tu.. memang tak terpikir pun nak bukak-bukak. biar je.

Satu hari aku rasa sangat le boring, aku pun try login.. eh, boleh pulak guna password tu.. haha.. aku pun layan jela..

beberapa hari selepas aku aktif, aku dapat satu mesej.. camni :

Dia : Salam,
Aku ; Waalaikumsalam
Dia : Kalau rasa bagus sangat taknak berkenalan, nak jaga hubungan laki & perempuan jangan buka laman ni. bla bla bla.. (lebih kurang la ayat dia gini)
Aku : Kenapa pulak? sy takde buat ape pun.

hahahaha... pelik je aku memula. tapi menariknye aku jadi tertarik kat dia.

Rupanya, die dah kena sound ngan sorang minah solehah, sebab dia bagi chat kat org tu, org tu dah le nak menjaga pergaulan, hahahaha.. sudahnye aku lak yang kena marah.

Lepas tu berkenalanle kami. hahaha... kelakar je..

dah lepas kat situ, dia ada minta no. phone,, aku tak nak bagi sebab aku rasa awal sangat lak nak bagi-bagi no phone kat dia. ntah ye ntah tak je. hahaha.. so aku amik keputusan taknak bagi.

sehari.. dua hari.. tiga hari... dua minggu.. senyap. takde lagi chat antara aku ngan dia lepas tu..

Aku tunggu dia tak muncul-muncul.. aku pun macam menyesal lak tak bagi no phone. hahaha... ntah kenapa aku rasa aku berminat untuk kenal dia.. padahal tak kenal muka, xpernah kenal..

dan, satu hari,, "pop" satu mesej masuk. dia! satu perasaan semacam gumbira.. hehehehe.. rupanya dia ada exam masa tu, tu sebab senyap.. lega.. aku pun buat keputusan bagi je no phone.. hehehehe.. bukan gatal, tapi aku pun takde jawapan kenapa aku buat semua tu, mungkin itu la jalan jodoh aku. heheh.

Pastu, dari situ, dia minta nama laman femes aku tu.. aku pun bagi.. masa tu aku letak profil Mak Atasinchi. hahaha.. lalu dia panggil aku makcik gemuk. haha.. sebab makcik tu kan gemuk.. hahaha.. gelak sendiri je bila ingat. Dan, kami berkawanlah macam biasa...

Macam-macam yang kami lalui, suka duka masa berkawan tu, sampai satu tahap, taknak kawan pun ada. hahaha.. Tapi dah jodoh kan, Alhamdulillah, kami dinikahkan juge. hihi..

Jadi kepada kawan-kawan yang terbaca post ni, doakanlah kami. berkekalan hingga ke syurga, aaminn,,

:)




No comments: