Pages

Friday, March 31, 2017

Life as a Secretary

dari youtube

Kalau rajin boleh la tengok video nih,
Tergelak-gelak aku tengoknye. 
Memang sama pun. 
Tinggal nak jadi gila je tak lama lagi. 

Tadi ada sorang kawan PA juga, datang dalam keadaan bengang dengan bos beliau, hahaha.
Lagi teruk bengangnya. huahaha..
Kisahnya company ada buat Hari Keluarga dan dia tak dapat pergi sebab nak jumpa suami dia, PJJ kan, dah 3bulan kot tak jumpa.. Haruslah pergi jumpa suami lagi penting.
Yang bosnye pulak, bagi cadangan suruh gak dia pergi ajak suami, kalau suami xleh pergi, ajak sepupu ke sedara. hahahaha.
Sekarang ni dia nak jumpa SUAMI dia, & Hari Keluarga di Selatan, suami di Utara. mana le sama... hahaha...
Kadang bos ni sengal gak. main sembur je cakap.. adoi.

Lebih lima tahun kerja, makin tak best pulak rasa.
Memang la orang cakap mana yang baik tu amik, yang tak tu, sebagai permulaan belajar.
CAKAP JE BOLEH LAAAA,,,
cuba rasa.. huhuhuhuhu...

Nak cerita kat orang yang ada kat posisi bos , cara fikirnya lain,
Sedikit sebanyak dia nak bela bos.
Jadi, cerita lah sesama seketeri.
hahaha

Kesimpulannya, jadi seketeri ni takde apa yang menarik pun. 

No comments: