Pages

Thursday, June 8, 2017

Dan aku pun menangis..


Gambar Google


Berita kehamilan memanglah sangat menggembirakan setiap bakal ibu.
Macam-macam persediaan meraka buat untuk memastikan kandungan mereka sihat dan selamat melahirkan bila tiba masanya.
Antara usaha nya ialah, dengan membeli Diari Hamil (seperti dalam gambar). Aku tak promot ye.. tapi Diari ni memang bagus & aku suka.
Eh, aku hamil ke? hahaha..
Tak la,, harini dah 43 hari kehilangan Muhammad Adam..(Meninggal dalam perut 5 bulan)
Jadi, apa kena mengena dengan diari Hamil nih?

Ceritanya begini..

Waktu bujang-bujang dulu aku tengok kekawan aku dok cerita pasal diari ni & katanya best dan sesuai untuk ibu-ibu ngandung.. banyak info-info yang berkaitan dengan ibu mengandung boleh dapat dalam buku ni..
Aku pun bercita-citalah nak beli gak buku ni kalau dah ngandung nanti..

Pejam, celik, pejam, celik, eh, upt dah dua line.. haha.. ngandong le tu.. 
Aku berkira-kira nak beli buku ni, tapi tak sempat-sempat nak beli.. tambah lagi aku jadi malas pulak masa mengandung tu... huhu..
Masa berjalan pantas, akhirnya, Muhammad Adam pergi tanpa sempat aku beli buku tu... huhu.. sedih.

Dua minggu berpantang kat kampung, aku langsung tak nangis, tak meratap bagai. haha..
Sebab semua orang kat uma tu tak bagi aku dok sensorang melayan perasaan.. tak sempat la nak sedih.. haha.. termenung sikit je diorang datang cakap jangan meroyan.. huaahaha.. Alhamdulillah, dapat family yang support diriku ini.. Suamiku? Dialah manusia yang paaaaaaling menyokong aku walaupun dialah jugaa paaaaaling sedih tapi tak tunjuk.. Sampai mak aku pun memuji beliau. alahai. haha.

Dah habis pantang, aku pun balik le kerumah laki aku, yela, gugur kan, cuti mane la lama.. kena lah kerja.. 
Berapa hari kat rumah tu, suami aku bagi hadiah, siap balut dalam pembalut hadiah gitu, aku syak buku sebab laki aku nih, menggalakkan aku membaca.. huahaha..
Ye, betul.. memang buku.. Buku Diari Hamil..
Aku cakap dah tak hamil lagi dah.. Mase tu ok lagi la perasaan..
Pastu dia cakap tu untuk persediaan Hamil lagi.. untuk next Adam.. heheh..
Tetiba aku dirundung kesedihan.. huahaha..
Teringat yang aku memang nak beli buku ni.. tapi tak kesampaian..
Lalu aku pun menangis la semahu-mahunya depan laki aku tu.. haha..
Banyak kali dia tanya kenapa aku nangis tapi aku tak mampu nak jawab sebab, aku ni susah nak nangis, tapi kalau dah nangis takde titik noktah.. haha.. cakap pun takleh.
Sudahnya, sepanjang malam tu aku nangis.. hahaha..

Sebenarnya aku suka dapat buku tu, tapi terkenangkan je tu yang sedih.. 
Semoga lepas je habis semua hal-hal perubatan ni & punca kenapa Adam jadi camtu terjadi, ada lagi rezeki anak untuk aku. Mudah-Mudahan sepasang kembar..Aamiin.hehe

Jadi, sesiapa yang sedang hamil, boleh la beli buku Diari Hamil ni, tak payah google lagi bak kata laki aku. hahaha..

Walaupun sedih dengan kehilangan tersebut, aku percaya perancangan Allah tak pernah salah & ada sebab kenapa Adam diambil semula sebelum sempat lihat dunia. Mungkin dunia tak sesuai untuk Adam, Adam sesuai di Taman Permainan Syurgawi sana.. Tunggu ibu ayah ye Adam...

Kepada suamiku, (tak tau le baca ke tak) ni lah sebabnya kenapa daku menangis tak berenti haritu.. hahahaha...

Sekian, bye.

No comments: